[ 29 September 2021 ] : Zon Pasir Gudang

Di Zon Pasir Gudang, terdapat 20 buah Gerobok Prihatin di sekitar kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang telah berjaya diwujudkan oleh penduduk komuniti di zon kawasan perumahan yang terbabit sebagai pusat pengumpulan barangan keperluan.

Yayasan Pasir Gudang sentiasa mengusahakan untuk menghulurkan bantuan bekalan setiap minggu bagi memastikan setiap gerobok prihatin yang terlibat tidak terputus bantuan bekalan untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Sebentar tadi, 20 buah Gerobok Prihatin di Zon Pasir Gudang telah menerima bantuan bekalan daripada Yayasan Pasir Gudang.

“ Sumbang bagi yang mampu, ambil bagi yang perlu “

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top