Tahukah kita?

Bahawa di kawasan MBPG (Zon Pasir Gudang) terdapat 21 buah Gerobok Prihatin/Rezeki/Komuniti. Manakala (Zon Tebrau) terdapat 13 buah Gerobok mengikut lokasi telah ditubuhkan oleh penduduk komuniti kawasan perumahan masing-masing bagi membantu mana-mana pihak yang terkesan sepanjang mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Usaha yang dibuat oleh kesatuan penduduk ini bagi mendengar keluhan penduduk sekitar kawasan perumahan yang terkesan disebabkan kehilangan pekerjaan, terjejas sumber pendapatan atau musibah penyakit yang menyebabkan mereka dikuarantin.

Mereka boleh dihubungi dan cuba membantu saudara/i semampu dan seadanya. Bagi pihak-pihak yang ingin menyumbang, amatlah dialu-alukan. Moga sumbangan sesama kita jua dapat membantu orang yang sedang menghadapi kesusahan.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top