GOTONG - ROYONG MEMBERSIHKAN KEDIAMAN
MANGSA KEBAKARAN
ASIR GUDANG | 4 Mei 2025: Susulan lawatan kebakaran tempoh hari, pihak Yayasan Pasir Gudang, Southern Volunteers Johor (SVJ), JKPZ Zon Seri Alam bersama kejiranan setempat bersama-sama bergotong-royong sebagai langkah awal bagi mempercepatkan proses baik pulih rumah mangsa-mangsa kebakaran.
Dalam usaha untuk membantu mangsa – mangsa tersebut, Ahli Majlis MBPG, Encik Razani Abdul Rauf menyediakan kemudahan roro dan bantuan SVJ sepanjang proses gotong royong bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sisa sisa kesan kebakaran.
Yayasan Pasir Gudang dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) mendoakan agar mereka terus kuat menghadapi cabaran. Semoga dengan bantuan awal dan sokongan fasiliti yang telah disediakan dapat membantu meringankan beban mereka sementara kerja-kerja baik pulih yang akan dilaksanakan.
🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin


