| 20 November 2021 | Sabtu |

PASIR GUDANG : Hari ini, di Dewan Terbuka Perjiranan 8, Taman Air Biru telah berlangsungnya program Hari Sukan Air Biru 2021.

Program ini merupakan program anjuran JKPZ Taman Air Biru yang bertujuan menggalakkan penduduk komuniti Taman Air Biru mengamalkan gaya hidup sihat, saling bermuafakat dan saling mengenali lebih erat antara satu sama lain.

Pada hari ini juga, Yayasan Pasir Gudang bekerjasama dengan mengedar dan menyumbang topi keledar basikal secara percuma kepada peserta sebagai menyemarakkan lagi sukan berbasikal di Pasir Gudang.

Selain aktiviti berbasikal dijalankan (fun ride), pelbagai acara turut dipertandingkan seperti memasak, congkak, sepak raga, futsal dan bowling.

Turut hadir adalah Encik Mohd Hafiz Bin Aliman, Setiausaha MBPG, Tuan Haji Baharuddin Taib, Ketua Whip MBPG (Ahli Majlis Zon Air Biru) dan Ed Baela Bin Muhalajah, ALPA YPG.

SEDUTAN HARI SUKAN AIR BIRU

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top