Tanggal 8 Mac setiap tahun merupakan hari teristimewa buat wanita di seluruh dunia, samada mereka adalah ibu, isteri, saudara perempuan, kakak mahupun adik. Sambutan ini bukan semata-mata mengajak kaum Hawa melakukan perubahan sesama mereka, tetapi juga mengajak kaum Adam untuk turut serta sekali meraikan wanita dan berdiri bangkit bersama mereka. Kita percaya usaha kolektif untuk mengangkat agenda pemerkasaan wanita perlu digerakkan secara progresif dan komprehensif oleh semua pihak. Justeru, kita berharap representasi wanita dapat digandakan dan diperkukuhkan dalam apa jua bidang dan sektor demi kelestarian golongan wanita di negara kita.
Ayuh, kita zahirkan sokongan #ChooseToChallenge. Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia.
#WanitaWajaNegara
#WanitaBangkitMendepaniCabaran
#ChooseToChallenge
#PilihUntukMencabar
Sumber : Facebook Datuk Seri Khaled Bin Nordin
Info lanjut boleh layari ke laman sesawang rasmi YPG : https://yayasanpasirgudang.org.my/