Aktiviti berbasikal kini telah menjadi satu fenomena baru di kalangan rakyat Malaysia terutama komuniti di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Terdapat banyak kebaikan melakukan aktiviti berbasikal iaitu aktiviti ini dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan terhadap golongan muda, dewasa mahupun yang berusia.

Berbasikal juga merupakan salah satu aktiviti yang terbaik untuk meluangkan waktu bersama ahli keluarga kerana aktiviti ini dapat melahirkan keakraban dalam seisi keluarga.

Oleh itu, demi menyemarakkan semangat sukan berbasikal, Yayasan Pasir Gudang ingin menyumbang topi keledar basikal secara PERCUMA kepada setiap dari mereka yang ingin melakukan aktiviti berbasikal khasnya di Pasir Gudang.

Maklumat anda boleh dikemaskini melalui :

Permohonan secara atas talian / Imbas QR Code di

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi nombor telefon yang tertera di bawah :

[ Pejabat ] : 07- 2547814

[Hotline ] : 014-6904745

Terhad kepada 1,000 basikal. Setiap dari mereka akan diberikan topi keledar basikal PERCUMA

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top