Matlamat utama program Kejohanan E-Sport Yayasan Pasir Gudang ini adalah menganjurkan program e-sukan dalam kalangan anak muda yang menjadikan bidang ini sebagai satu ‘trend’ dalam kehidupan mereka. Yayasan Pasir Gudang telah bekerjasama dengan pertubuhan belia atau konsultansi gaming untuk mengadakan program ini.
Program Kejohanan E-Sport Yayasan Pasir Gudang telah menganjurkan dua kejohanan iaitu Kejohanan Mobile Legend Piala Yayasan Pasir Gudang dan Kejohanan PUBG Mobile Piala Yayasan Pasir Gudang.
Kejohanan Mobile Legend Piala Yayasan Pasir Gudang telah dilaksanakan pada bulan Julai 2020 sehingga Ogos 2020 dan disertai pemain seramai 480 orang. Program ini telah menelan kos sebanyak RM 13,765.
Kejohanan PUBG Mobile Piala Yayasan Pasir Gudang telah dilaksanakan pada bulan November 2020 sehingga Disember 2020 dan disertai pemain seramai 615 orang. Program ini telah menelan kos sebanyak RM 9,320.