TEBRAU : Pada 15 Oktober 2022 (Sabtu), Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang telah selesai menganjurkan program King Kong Kong Night Ride 2022 di Jalan Siantan 3, Bestari Perdana dengan penyertaan seramai 500 orang peserta.
Tujuan utama acara ini dianjurkan adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat penduduk setempat dengan aktiviti riadah berbasikal. Selain itu, acara ini juga mampu memberi kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang kebaikan dan kepentingan bersukan.
Oleh sebab demikian, Yayasan Pasir Gudang telah menaja 42 buah helmet basikal kepada peserta yang terpilih sebagai tanda menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan memupuk sikap peduli dalam menjaga tahap kesihatan masing-masing melalui aktiviti riadah berbasikal.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Masrudi Bin Abdul Rahman, Exco Integriti Dalaman dan selaku wakil rasmi kepada Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo, Presiden Majlis Tindakan Pengguna Negara.
Turut hadir sepanjang program ini berlangsung adalah :
1. YB Tuan Haji Azizul bin Bachok ( Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram ).
2. Encik Sabri bin Kadir (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang ).
3. Encik Muhammad Fairuz bin Ismail ( Penolong Pengurus Mah Sing Group Berhad ).
4. Puan Hajah Rapenah binti Ali ( Ahli Majlis MBPG ).
5. Encik Syaihan bin Ab Aziz ( Ketua Kampung Kong Kong Laut ).