| 7 Julai 2022 | Khamis | PASIR GUDANG :
Yayasan Pasir Gudang telah selesai mengadakan lawatan bagi menyerahkan Kurniaan Bantuan Wang Tunai dan Baucar Keperluan Sekolah bagi kawasan Pasir Gudang sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2022 daripada DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor kepada 10 orang penerima terpilih yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan Pasir Gudang.
Sesungguhnya kurniaan DYMM Permaisuri Johor dapat membantu meringankan beban mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran yang mereka lalui dalam menampung keluarga terutama ekoran peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat di negara kita.
Menjunjung kasih di atas Kurniaan DYMM Permaisuri Johor.