| 18 Ogos 2022 | Khamis | PASIR GUDANG :

Yayasan Pasir Gudang turut bersama Pejabat Daerah Johor Bahru yang diketuai oleh Encik Muhamad Rashdan bin Rahmat, Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru (Pembangunan Masyarakat) bagi sesi lawatan dan penyerahan Kurniaan Bantuan Wang Tunai daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim kepada 4 orang pesakit kronik yang terpilih bagi kawasan Pasir Gudang.

Yayasan Pasir Gudang juga berkesempatan menghulurkan sumbangan bantuan barangan keperluan asas kepada pesakit kronik yang diziarahi.

Turut serta adalah Encik Misbahuddin bin Haji Karmani, Ketua Penghulu, Pejabat Daerah Johor Bahru.

Sesungguhnya kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dapat memberi seribu satu makna dan sinar harapan buat pesakit kronik yang terbabit dalam mengharungi cabaran, derita dan dugaan yang mereka lalui terhadap penyakit kronik yang menimpa diri mereka.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih DYAM Tunku Mahkota Johor di atas Kurniaan tersebut.

#JohorMaju
#JohorPrihatin
#KurniaanTMJ

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top