Adakah anda ingin mempelajari ilmu selok belok urutan bersalin yang berkesan ?
Adakah anda ingin meningkatkan pendapatan menerusi bidang urutan bersalin ?
Adakah anda tahu bahawa urutan bersalin mempunyai Pra dan Post Natal yang dikhususkan untuk wanita ?
Oleh yang demikian, berita baik buat anda semua kerana Yayasan Pasir Gudang menerusi Projek Ekonomi Rakyat (ERA) Care akan mengadakan sebuah Kursus Asas ERA Care Urutan bersalin tidak lama lagi iaitu pada :
Tarikh : 1 Julai 2023 (Sabtu)
Masa : 8:30 pagi sehingga 4:30 petang
Lokasi : Kolej Komuniti Pasir Gudang
Terdapat 3 Modul asas yang akan diajar dan digunakan di dalam kursus ini iaitu :
Modul 1 : Teknik/panduan urutan yang betul (1 jam)
1. Mengenali urat saraf
2. Pantang dan larangan
Modul 2 : Pakej Pra Natal (2 jam)
1. Urutan Pra Natal + Lulur badan
2. Urutan Pra Natal + Urutan kepala
Modul 3 : Pakej Post Natal (3 jam)
1. Urutan berpantang + bertungku + urutan payudara + berbengkung
2. Urutan dengan 17 jenis herba
3. Urutan aroma + sengkak rahim + tangkas wangi
4. Penggunaan param/pilis/tepel
5. Penjagaan ‘Baby’ SPA
Bukan setakat itu sahaja, setiap seorang peserta hanya perlu membayar yuran penyertaan RM50 sahaja dari yuran penyertaan keseluruhan iaitu RM 150, dimana baki RM 100 per peserta akan ditaja oleh Yayasan Pasir Gudang sebagai tanda menggalakkan lebih ramai masyarakat di luarsana menceburi bidang urutan bersalin.
———————————————//
Walau bagaimanapun, terdapat syarat penyertaan yang ditetapkan iaitu :
1. Setiap peserta perlu mempunyai kemahiran asas terapi urutan
2. Peserta berada dalam lingkungan umur 18 tahun sehingga 40 tahun.
3. Berenergetik dan aktif.
Apa tunggu lagi 🔥!!! jom sertai Kursus Asas Keusahawanan Yayasan Pasir Gudang ini dengan menekan :
1. Link pendaftaran Kursus Asas Keusahawanan Yayasan Pasir Gudang :
https://yayasanpasirgudang.org.my/era-care/
atau
2. Imbas QR Code di Poster yang disediakan
———————————————//
Sebarang pertanyaan yang meliputi syarat dan info mengenai program ini, boleh menghubungi nombor telefon yang tertera di bawah :
1. Pejabat YPG : 07-254 7874
Bagi peserta yang telah membuat pendaftaran, pihak Yayasan Pasir Gudang akan menghubungi semula nombor telefon peserta yang diisi di borang pendaftaran bagi memberitahu tempat kursus, tarikh dan masa yang akan ditetapkan sebelum Kursus Asas Keusahawanan bermula.
#ERACare
#KursusAsasUrutanBersalin
#YayasanPasirGudang
![](https://mlnljar5hnab.i.optimole.com/cb:Kbu0.4ff10/w:816/h:816/q:mauto/f:best/ig:avif/https://yayasanpasirgudang.org.my/wp-content/uploads/2023/06/2-1.png)