KURSUS ASAS HAIRCUT
" MODERN HAIRCUT "
KURSUS ASAS Modern Haircut telah diperkenalkan oleh Yayasan Pasir Gudang dengan tujuan meningkatkan penyertaan masyarakat dalam kegiatan ekonomi. Antara objektif yang ingin dicapai menerusi kursus ini adalah :
- 1. Memberi pendedahan teknik seni reka potongan gaya rambut mengikut aliran terkini menerusi kursus jangka pendek yang disediakan oleh Kolej Komuniti Pasir Gudang.
2. Melahirkan usahawan yang berjaya dalam bidang seni reka gaya rambut yang diceburi dengan modal yang rendah pulangan yang lumayan.
3. Memudahkan peserta melangkah setapak dan keinginan untuk menaik taraf kemahiran yang sedia ada.
4. Membantu menjana pendapatan tambahan kepada pelajar ketika berada di Universiti atau Kolej.
Yayasan Pasir Gudang telah menetapkan syarat-syarat penyertaan yang perlu dikuti oleh peserta yang berminat dengan program ini dan syarat tersebut iaitu :
- Peserta adalah bermula dari lepasan SPM ( lingkungan 18 tahun ) dan ke atas
- Berenergetik dan aktif
Oleh yang demikian, Yayasan Pasir Gudang berkeyakinan bahawa bidang yang diceburi ini mampu membantu memberikan pulangan yang lumayan dan mempunyai pasaran permintaan yang luas di luarsana. Yayasan Pasir Gudang juga pasti bidang ini dapat beroperasi dengan efisyen dan mampu berkembang sehingga mencapai wawasan yang pada akhirnya boleh menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.
" WOMEN HAIRSTYLE "
KURSUS women hairstyle telah diperkenalkan oleh Yayasan Pasir Gudang dengan tujuan meningkatkan penyertaan masyarakat dalam kegiatan ekonomi. Antara objektif yang ingin dicapai menerusi kursus ini adalah :
- Memberi pendedahan teknik potongan gaya rambut wanita mengikut aliran terkini menerusi kursus jangka pendek yang disediakan oleh Kolej Komuniti Pasir Gudang.
2. Melahirkan usahawan yang berjaya dalam bidang women hairstyle yang diceburi.
3. Memudahkan peserta melangkah setapak dan keinginan untuk menaik taraf kemahiran yang sedia ada.
4. Membantu menjana pendapatan tambahan atau utama menerusi industri ini.
Yayasan Pasir Gudang telah menetapkan syarat-syarat penyertaan yang perlu dikuti oleh peserta yang berminat dengan program ini dan syarat tersebut iaitu :
- Peserta adalah wanita yang bermula dari lepasan SPM ( lingkungan 18 tahun ) dan ke atas
- Berenergetik dan aktif
Oleh yang demikian, Yayasan Pasir Gudang berkeyakinan bahawa bidang yang diceburi ini mampu membantu memberikan pulangan yang lumayan dan mempunyai pasaran permintaan yang luas di luarsana. Yayasan Pasir Gudang juga pasti bidang ini dapat beroperasi dengan efisyen dan mampu berkembang sehingga mencapai wawasan yang pada akhirnya boleh menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.
BAGI SESIAPA YANG BERMINAT yang ingin menyertai KURSUS ASAS women hairstyle, BOLEH TEKAN BUTANG ” SAYA NAK” YANG DISEDIAKAN DI BAWAH
