PASIR GUDANG : Pada 12 Ogos 2023 (Sabtu), telah diteruskan Kursus Asas Jangka Pendek Seni Reka Gaya Rambut anjuran Yayasan Pasir Gudang dengan kerjasama Kolej Komuniti Pasir Gudang bagi sesi kedua di Kolej Komuniti Pasir Gudang.
Kelas guntingan seni reka gaya rambut pada kali ini dibimbing oleh tenaga pengajar yang mahir iaitu Wan Noraishah binti Wan Ahmad Tarmizi (Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi, Kolej Komuniti Pasir Gudang).
Setiap peserta pada minggu yang lalu (19 orang) telah hadir bagi menjalani kursus asas Seni Reka Gaya Rambut sesi kedua dan sepanjang kursus ini berlangsung, mereka telah mempelajari 2 seni reka potongan gaya rambut yang baharu iaitu potongan gaya “Mullet” dan potongan gaya “Two Block”.
Puan Nurul Izzati binti Ja’is, tenaga pengajar minggu yang lalu turut serta mengikuti sesi kedua ini bagi meneliti perkembangan potongan gaya rambut peserta disamping membantu memperbaiki kesilapan potongan yang dilakukan oleh peserta agar potongan gaya rambut yang dihasilkan kelihatan menarik dan tepat mengikut jenis gaya potongan.
Terdapat satu lagi sesi yang akan dijalankan dan dipelajari oleh peserta pada 19 Ogos 2023 (Sabtu) diikuti dengan majlis penutupan kursus asas seni reka gaya rambut yang akan dilaksanakan di Kolej Komuniti Pasir Gudang.
Turut hadir adalah Puan Shahriah binti Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.
#BasicCourse #SeniRekaGayaRambut #YayasanPasirGudang #KolejKomunitiPasirGudang
