Buat usahawan atau mereka yang masih tercari-cari kursus marketing online yang sangat efektif, terbukti keberkesanan dan PERCUMA bagi mereka yang ingin menjadikan media sosial sebagai satu platfom bisnes atas talian, Yayasan Pasir Gudang dengan kerjasama Kolej Komuniti Pasir Gudang akan menjalankan sebuah Kursus Marketing Online selama 3 hari tidak lama lagi iaitu pada :

  • Tarikh : 21 Oktober 2023 | 28 Oktober 2023 | 4 November 2023
  • Hari : Sabtu
  • Lokasi : Kolej Komuniti Pasir Gudang
  • Masa : 8:00 pagi – 5:00 petang

Terdapat 3 modul yang akan dipelajari oleh peserta yang menyertai kursus ini iaitu :

  • Asas Tiktok for business
  • Instagram for business
  • Shopee for business

Bukan setakat itu sahaja, yuran penyertaan adalah PERCUMA iaitu 100 peratus akan ditaja oleh Yayasan Pasir Gudang sebagai tanda menggalakkan lebih ramai masyarakat diluarsana mengikuti kursus Marketing Online ini bagi memperoleh ilmu-ilmu perniagaan secara atas talian menerusi kepelbagaian platfom media sosial.

———————————————//

Walau bagaimanapun, terdapat syarat penyertaan yang ditetapkan iaitu : 

  1. Peserta adalah berumur bermula dari pelajar lepasan SPM (lingkungan umur 18 tahun) dan ke atas. 
  2. Berenergetik dan aktif.

Apa tunggu lagi !!! jom sertai Kursus Asas Keusahawanan Yayasan Pasir Gudang ini dengan menekan : 

  1. Link pendaftaran Kursus Asas Keusahawanan Yayasan Pasir Gudang : https://forms.gle/K2jQ3XpVsdAaDE8RA 
  2. Imbas QR Code di Poster yang disediakan

———————————————//

Sebarang pertanyaan yang meliputi syarat dan info mengenai program ini, boleh menghubungi nombor telefon yang tertera di bawah :

  • Pejabat YPG : 07-254 7874

Bagi peserta yang telah membuat pendaftaran, pihak Yayasan Pasir Gudang akan menghubungi semula nombor telefon peserta yang diisi di borang pendaftaran bagi memberitahu tempat kursus, tarikh dan masa yang akan ditetapkan sebelum Kursus Marketing Online ini bermula.

#YayasanPasirGudang #KursusMarketingOnline #KolejKomunitiPasirGudang

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top