KURSUS PENGHASILAN SABUN AROMATERAPI & HERBA

Kursus Penghasilan Sabun Aromaterapi & Herba telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil usaha kerjasama antara Yayasan Pasir Gudang dan Kolej Komuniti Pasir Gudang

Program ini bertujuan memberi pendedahan serta kemahiran asas kepada para peserta dalam bidang penghasilan produk berasaskan sabun aromaterapi dan herba yang bernilai komersial.

Melalui kursus ini, peserta bukan sahaja mempelajari teknik asas pembuatan sabun secara praktikal, malah turut diberikan pengetahuan mengenai penggunaan bahan semula jadi, formulasi aroma, serta strategi penjenamaan dan pemasaran produk.

Impak program ini amat positif apabila ramai peserta menyatakan minat untuk meneruskan penghasilan sabun sebagai sumber pendapatan tambahan. Selain, meningkatkan kemahiran diri, program ini juga berjaya memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan masyarakat setempat. 

Program ini diselia oleh Pn Hasnina (ALPA YPG) bagi meastikan matlamat Yayasan Pasir Gudang untuk memperkasakan komuniti melalui ilmu dan kemahiran praktikal sehingga dapat membantu mereka menjana ekonomi keluarga.

🔥 Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top