#InfoYPG |
Ancaman Siber merupakan ancaman yang sangat berbahaya pada abad ini. Ancaman siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan, pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain.
Oleh demikian, terdapat beberapa langkah menghadapi ancaman siber ini.
1. Berhati-hati dengan e-mel mencurigakan
2. Sentiasa kemaskini Anti-Virus
3. Jangan buka pautan tidak dikenali
4. Sentiasa kemaskini penyimpanan maklumat dan data secara berkala
5. Pastikan kata laluan kuat dan selamat
6. Tutup stesen kerja sebelum meninggalkan pejabat
Laporkan!!!
Sebarang aktiviti mencurigakan dalam rangkaian dan persekitaran kepada pihak berkuasa berkaitan
#LindungDiri
Sumber rujukan info :
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor ( Bahagian Sains Teknologi dan ICT)