LAWATAN BENCANA ANGIN RIBUT

TEBRAU | 17 April 2025: Susulan info dan siasatan lapangan yang dijalankan kelmarin, hari ini Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar dan Puan Hasnina binti Aspari berserta pasukan Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan MBPG yang diwakili oleh Encik Paudzi bin Sukami membuat lawatan ke lima buah kediaman mangsa ribut yang terlibat di Kg Pasir Putih.

Lawatan bermula di kediaman Encik Mohd Sahri bin Jaily, 70, mengalami kerosakan pada atap ruang tamu dan kebocoran syiling bilik.
Seterusnya, kediaman Siti Sani binti Sulaiman, 72 turut mengalami kerosakan seperti retakan syiling ruang tamu dan kerosakan atap. Selain itu, Keluarga Azlin binti P. Rosman, 44 berdepan dengan kerosakan syiling bocor di bilik dan syiling retak di bahagian ruang tamu. Ziarah diteruskan lagi ke rumah Hawang binti Badawi, 65, mengalami kerosakan syiling ruang tamu serta kemusnahan khemah yang didirikan di hadapan rumah beliau. Akhir sekali, kediaman Roszana binti Rosli, 37 juga turut dilawati. Ribut tersebut telah menyebabkan atap garaj kereta beliau musnah dan mengalami kebocoran syiling di ruang penyimpanan barang.

Yayasan Pasir Gudang dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang berharap dengan adanya sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa dan menunjukkan tanda prihatin daripada pihak kami kepada mangsa yang terlibat.

🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini
#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top