| 5 April 2022 | Selasa |

PASIR GUDANG : Hari ini, Yayasan Pasir Gudang bersama YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas telah turun melawat kawasan tapak Bazar Ramadhan anjuran Yayasan Pasir Gudang untuk menyerahkan Apron Bazar Ramadhan kepada peniaga-peniaga di 3 lokasi yang ditetapkan iaitu :

1. Tapak Penjaja Seharum 3, Taman Bukit Dahlia : 23 orang peniaga

2. Tapak Penjaja Jalan Cendana, Taman Cendana : 22 orang peniaga

3. Tempat Letak Kereta Hadapan Dewan Taman Mawar : 60 orang peniaga

Semasa sesi lawatan berlangsung, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib telah menyampaikan Apron kepada setiap peniaga yang dilawati sambil bertanya khabar tentang senarai makanan yang mereka jual serta perkembangan terkini penjualan makanan sepanjang berlangsungnya Bazar Ramadhan.

Semoga peniaga-peniaga yang dilawati hari ini dikurniakan rezeki yang luas serta dipermudahkan sepanjang berniaga di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top