| 6 April 2022 | Rabu |

PASIR GUDANG : Sesi lawatan dan penyerahan Apron Bazar Ramadhan kepada peniaga-peniaga anjuran Yayasan Pasir Gudang diteruskan lagi dan kali ini bertempat di lokasi :

1. Tapak Penjaja Jalan Belatuk 6, Taman Scientex : 50 orang peniaga

2. Tapak Penjaja Jalan Tasek 60, Bandar Seri Alam : 60 orang peniaga

Turut hadir Puan Hajah Haryati binti Ismail, Ahli Majlis MBPG, Zon Scientex 1 ke lokasi tapak Bazar Ramadhan untuk menyerahkan Apron Bazar Ramadhan kepada setiap peniaga yang terlibat di lokasi yang ditetapkan.

Walaupun sesi penyerahan dilakukan dalam keadaan cuaca hujan, Puan Hajah Haryati binti Ismail tetap berkesempatan bertanya khabar kepada setiap peniaga sambil menghulurkan apron kepada peniaga yang terbabit.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top