| 18 Jun 2022 | Sabtu |

PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang bersama Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah mengadakan sesi lawatan dan perbincangan bersama pihak Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC) ke kampus induk UniKL MITEC di Jalan Persiaran Sinaran Ilmu, Bandar Seri Alam.

Sesi lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk menjalinkan kerjasama yang baik diantara Yayasan Pasir Gudang bersama UniKL MITEC melalui program-program yang akan dianjurkan yang mampu memberi manfaat, peningkatan kemahiran, keboleh pasaran dan nilai tambah kepada masyarakat terutama anak tempatan yang berada di kawasan Pasir Gudang.

Sesi lawatan dan perbincangan bagi pihak UniKL MITEC telah diketuai oleh Profesor Ts. Dr. Ishamuddin Mustapha, Dekan Kampus Induk UniKL MITEC.

Semoga segala perbincangan dan perancangan program yang dibentangkan dapat dilaksanakan bagi membantu melahirkan masyarakat yang berkebolehan tinggi dalam bidang tertentu serta mampu bersaing di dalam sektor perindustrian.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top