LAWATAN KE KEDIAMAN MANGSA KEBAKARAN DI SUNGAI LATOH
Susulan maklumat yang diterima, Yayasan Pasir Gudang (YPG) telah meneruskan program Ziarah Kasih dengan lawatan ke kediaman mangsa kebakaran di Kampung Sungai Latoh.
Mangsa, Encik Roslan, berdepan musibah kebakaran di kediamannya beberapa hari lalu sekitar jam 7 malam. Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada kebocoran dapur gas dan telah memusnahkan sebahagian besar ruang rumah termasuk bilik tidur serta ruang tamu. Kini, beliau sekeluarga selamat dan akan melaksanakan proses baik pulih secepatnya.
Yayasan Pasir Gudang turut menzahirkan rasa simpati atas kejadian yang menimpa dan akan meneliti bentuk bantuan yang bersesuaian bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga beliau.
Turut hadir, Encik Zainal & Puan Hasnina ( ALPA YPG)
🔥 Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
