LAWATAN KE KEDIAMAN PENERIMA BANTUAN KHAS PENDIDIKAN & PESAKIT KRONIK

Tuan Haji Zuraimi (ALPA YPG) meneruskan tugasan beliau selepas selesai Majlis di SWM dengan mengadakan Lawatan susulan bagi menyerahkan Bantuan Khas Pendidikan serta menyantuni pesakit kronik di sekitar Taman Pasir Putih.

Perjalanan lawatan dimulakan dengan kunjungan ke kediaman Adik Nur Atikah, penerima Bantuan Khas Pendidikan hasil permohonan yang dikemukakan semasa ziarah tempoh hari. Dalam kunjungan tersebut, beliau telah menerima sebuah komputer riba bagi memudahkan urusan pembelajaran. Namun begitu, kerana Adik Nur Atikah telah melanjutkan pengajian, ibunya mewakili beliau untuk menerima sumbangan berkenaan.

Ziarah diteruskan ke kediaman Encik Safari Bakti yang menghidap penyakit saraf tunjang serta mempunyai rekod kesihatan melibatkan slip disc dan radang rusuk. Beliau pernah menjalani rawatan fisioterapi bagi mengurangkan kesakitan, namun masih belum menjalani sebarang pembedahan disebabkan beberapa faktor tertentu.

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top