| 31 Mei 2022 | Selasa |

PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang telah selesai melawat 2 buah kediaman mangsa kebakaran di kawasan Taman Mawar dan Taman Scientex.

[ Mangsa Kebakaran : Pertama ]

Dimulakan dengan melawat Puan Siti Zaibedah binti Abu Bakar Seddek yang tinggal di Jalan Mawar 2, Taman Mawar. Beliau telah mengalami kejadian kebakaran bermula pada 26 Mei 2022 sekitar jam 5:08 petang.

Hasil siasatan pihak berkuasa dan pihak bomba mengenai punca kebakaran terjadi adalah disebabkan hos pada gas dapurnya mengalami kebocoran dan sekali gus menyebabkan berlakunya kebakaran di kawasan dapur miliknya.

Alhamdulillah, ketika kejadian berlaku, kesemua ahli keluarganya tiada di rumah atas urusan kerja dan beliau tidak mengalami sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

[ Mangsa Kebakaran : Kedua ]

Berlaku di Jalan Merbah 2, Taman Scientex iaitu kediaman Encik Mohd Basir bin Abu Bakar. Kejadian kebakaran telah berlaku pada awal jam 4:00 pagi hari ini iaitu 31 Mei 2022.

Ketika kejadian berlaku, beliau telah tersedar dari tidur dan mendapati bahawa terdapat bau asap terbakar yang kuat dari bilik tidur anaknya sebelum bergegas untuk melihat situasi sebenar yang berlaku.

Ketika tiba di bilik anaknya itu, beliau melihat tilam milik anaknya telah terbakar dan secara tidak langsung, beliau bergegas membawa tilam tersebut ke arah bilik air untuk mengelakkan api terus merebak ke seluruh dinding bilik anaknya sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian.

Walaubagaimanapun, anak beliau yang tinggal di bilik tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan kerana ketika waktu tersebut, anaknya telah tidur di bilik ruangan sebelah. Buat masa kini, pihak berkuasa dan pihak bomba sedang menjalankan siasatan berkaitan punca sebenar berlaku kebakaran.

Kedua-dua mangsa kebakaran yang dilawati hari ini telah menerima sumbangan wang tunai ihsan bencana Yayasan Pasir Gudang yang telah disampaikan oleh Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad, Ahli Majlis MPBG Zon Mawar beserta Encik Guru Naidu A/L Subramaniam, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Semoga pemberian ini dapat meringankan serba sedikit ujian yang menimpa terhadap kedua-dua buah keluarga.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top