TEBRAU : Yayasan Pasir Gudang bersama YB Tuan Haji Azizul bin Bachok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram pada 3 April 2023 telah selesai bertemu mangsa kebakaran kediaman di Jalan Nenas 24, Taman Kota Masai.

Menurut maklumat yang diterima dari mangsa iaitu Encik Mohd Aman bin Mohd Yahya (25 tahun), kejadian kebakaran telah berlaku pada 23 Mac 2023 sekitar jam 5:50 pagi pada awal ramadhan.

Menurutnya lagi, ketika kejadian, mereka tidak menetap disana kerana beliau dan isterinya telah bersahur di rumah ibunya di Jalan Cermai, Taman Kota Masai.

Beliau telah menerima panggilan telefon dari jiran tetangga sebelum bergegas untuk kesana bagi melihat kejadian tersebut disamping segera menelefon pihak berkuasa dan bomba.

Pihak bomba telah tiba di tempat kejadian sekitar jam 6:30 pagi dan alhamdulillah, berjaya memadamkan api yang marak tersebut dari merebak ke kediaman jiran di kawasan kiri dan kanan.

Pihak bomba dan Encik Mohd Aman mengesyaki punca kebakaran terjadi dipercayai berpunca dari kawasan plug wifi di ruang tamunya kerana kawasan tersebut mengalami kerosakan yang teruk.

Kejadian tersebut mengakibatkan separuh dari ruang tamunya telah musnah dan bilik di bahagian tingkat atas juga turut terkesan dengan kebakaran.

Buat sementara waktu, beliau dan isteri telah menetap sementara waktu di kediaman ibunya di Jalan Cermai, Taman Kota Masai.

Di akhir kunjungan, YB Tuan Haji Azizul bin Bachok telah memberikan kata-kata semangat dan doa serta berkesempatan menghulurkan sumbangan bantuan wang ihsan bencana Yayasan Pasir Gudang kepada Encik Mohd Aman bagi meringankan serba sedikit dugaan yang dihadapinya.

Semoga Encik Mohd Aman dan sekeluarga diberikan kecekalan dan digantikan dugaan yang diterima ini dengan sesuatu yang lebih baik serta rezeki yang lebih luas pada masa mendatang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top