LAWATAN KEBAKARAN YAYASAN PASIR GUDANG
PASIR GUDANG | 16 April 2025: Dalam lanjutan Siri Ziarah Kasih Yayasan Pasir Gudang, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, telah meneruskan lawatan ke kediaman mangsa bencana kebakaran di Kg Pasir Gudang Baru.
Mangsa, Encik Mohd Fairuz bin Arif, 41 tahun, telah ditimpa musibah kebakaran rumah pada pagi 16 April 2025 sekitar jam 8.00 pagi. Kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada lintar pintas dan telah menyebabkan kediaman beliau bersama keluarga musnah sepenuhnya.
Dalam usaha membantu mangsa bencana kebakaran, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) melalui Yayasan Pasir Gudang (YPG) bukan sahaja bertanggungjawab menghulurkan bantuan awal, malah turut menawarkan sokongan fasiliti sekiranya beliau sekeluarga memerlukan tempat berteduh sementara.
Selain itu, beberapa agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) turut menghulurkan bantuan serta sumbangan, sebagai tanda sokongan terhadap kesejahteraan komuniti di bawah pentadbiran MBPG.
Yayasan Pasir Gudang berharap agar dengan bantuan yang disalurkan oleh pelbagai pihak ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Encik Fairuz sekeluarga dalam proses baik pulih rumah tersebut sepenuhnya.
🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin



