LAWATAN KEBAKARAN YAYASAN PASIR GUDANG

Sejurus menerima maklumat daripada ketua masyarakat setempat, Yayasan Pasir Gudang segera turun padang bagi meninjau keadaan kediaman Encik Selamat, mangsa kebakaran yang baru-baru ini diuji dengan musibah.

Kehadiran ini bertujuan untuk melihat sendiri kesan kerosakan yang dialami, di samping memberi sokongan agar beliau sekeluarga tabah menghadapi dugaan berat ini. 

Dalam masa yang sama, pihak yayasan turut menyalurkan bantuan awal sebagai tanda keprihatinan dan solidariti bersama.

Semoga dengan sedikit perhatian dan sokongan ini, Encik Selamat serta keluarganya terus diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian yang mereka hadapi.

Turut serta, Encik Zainal & Puan Hasnina ( ALPA YPG ) Serta Puan Hajah Rap’enah ( Ahli Majlis MBPG ) bersama Encik Jaslan ( Ketua Kg Pasir Putih ) 

Ikuti kami di @ Yayasan Pasir Gudang untuk Maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top