[ 22 Oktober 2021 | Jumaat ]

Yayasan Pasir Gudang pada hari ini berkesempatan mengunjungi keluarga Encik Mohamad Fadil Bin Otoh, mangsa rumah terbakar di Jalan Seluang, Taman Tg Puteri Resort.

Kejadian kebakaran telah berlaku pada 20 Oktober 2021 iaitu hari Rabu sekitar waktu 1:30 petang. Pihak Bomba telah tiba di tempat kejadian sekitar waktu 1:45 petang dan telah berjaya memadamkan kebakaran bahagian bilik atas daripada merebak sejurus tiba di sana.

Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati bahawa punca kebakaran terjadi disebabkan berlaku litar pintas di bilik anak beliau di bahagian atas rumah.

Kesan kebakaran di kediaman Encik Fadil telah menyebabkan harta benda di 2 bilik bahagian belakang atas rumah rosak dan musnah.

Ketika kejadian kebakaran berlaku, kesemua ahli keluarga tidak berada di rumah atas urusan kerja.

Sumbangan bantuan ihsan bencana kebakaran Yayasan Pasir Gudang telah disampaikan oleh Tuan Haji Herman Irmadi Bin Ismail, ALPA YPG bersama Encik Mohd Rahim Bin Amatermin, Ahli Majlis MBPG (Zon Tanjung Puteri).

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top