| 17 April 2022 | Ahad |

TEBRAU : Yayasan Pasir Gudang pada hari ini berkesempatan mengunjungi 3 buah keluarga yang terlibat dengan kejadian kebakaran rumah pada 16 April 2022, semalam di Jalan Ciku 9, Taman Kota Masai. 3 buah keluarga tersebut adalah :

1. Encik M. Adam bin Abdul Karim ( rumah No. 26 ).
2. Encik Khamis bin Omar ( rumah No. 28 ).
3. Encik Sulaiman bin Nordin (rumah No.30).

Kejadian kebakaran telah bermula dari rumah keluarga Encik Khamis bin Omar pada sekitar waktu 2:30 pagi. Ketika kejadian, keluarga Encik Khamis sedang tidur sebelum menyedari terdapat bau asap terbakar di bahagian bilik tingkat atas iaitu bilik anaknya.

Menyedari api semakin membara tanpa terkawal, kesemua keluarga Encik Khamis bergegas keluar untuk menyelamatkan diri. Pihak bomba telah tiba ditempat kebakaran pada sekitar waktu 3:00 pagi. Namun kediaman Encik Khamis tidak dapat diselamatkan terutama di bahagian atas rumah.

Rumah Jiran bersebelahan kiri beliau, Encik M. Adam dan kanan, Encik Sulaiman juga turut terjejas ekoran kejadian kebakaran yang berlaku terutama di bahagian atap rumah dan juga bilik di bahagian belakang atas kediaman.

Alhamdulillah, ketiga-tiga keluarga mangsa kebakaran tiada sebarang kehilangan nyawa yang terbabit. Buat masa kini, pihak berkuasa dan bomba masih menyiasat punca utama kebakaran terjadi.

Sumbangan bantuan ihsan bencana kebakaran Yayasan Pasir Gudang telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Azizul bin Bachok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram bersama Cik Teow Chia Ling, Ahli Majlis MBPG, Zon Kota Masai 1.

Turut serta adalah daripada pihak Jabatan Kebajikan Masayarakat, JKM.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top