LAWATAN KEBAKARAN YAYASAN PASIR GUDANG
TEBRAU | 17 Mac 2025: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar telah meluangkan masa untuk membuat lawatan ke rumah mangsa kebakaran di sekitar Taman Kota Masai.
Encik Noh bin Md Yasin( bapa ) berusia 55 tahun bersama keluarganya telah mengalami kebakaran rumah pada 16 Mac 2025 kira – kira jam 10 pagi. Kebakaran atau letusan tersebut telah merosakkan sebahagian rumah beliau seperti dapur, ruang tamu serta ruangan bilik tidur utama.
Sehubungan dengan itu anak beliau, Nur Natasa Izzati binti Noh, 30, mengalami kelecuran oleh kerena letusan yang kuat sebelum kebakaran mulai merebak. Kini, keadaan beliau masih lagi dalam zon kuning.
Lawatan serta sumbangan yang disalurkan ini adalah merupakan upaya yang diusahakan oleh Yayasan Pasir Gudang serta Majlis Bandaraya Pasir Gudang untuk sentiasa berkongsi serta cakna akan keadaan penduduk yang berada di dalam Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

