ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

Berhasrat untuk menjadi seorang doktor, adik Zarith Juliana gigih berusaha bersama keluarganya mengumpul wang dengan menawarkan perniagaan berasaskan perkhidmatan dekorasi. Usaha kecil ini menjadi langkah awal dalam perjalanan mengejar cita-citanya.

YB Bahar, Pengerusi YPG berkunjung ke kediaman beliau di Taman Scientex bagi melihat sendiri keadaan keluarga ini, di samping menyerahkan Bantuan Khas Pendidikan kepada adik Zarith Juliana sebagai sokongan untuk merealisasikan impian tersebut. 

Berikut adalah satu usaha YB Bahar bagi memastikan tiada anak – anak yang terpinggir atau tidak berkemampuan untuk terus mendapat peluang menimba ilmu demi masa hadapan mereka yang lebih cerah.

Turut hadir, Encik Paudzi ( JKKP MBPG ) 

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top