LAWATAN KEBUN KOMUNITI YAYASAN PASIR GUDANG
Sebagai sokongan terhadap inisiatif pertanian bandar yang dijalankan oleh komuniti penduduk, YB Bahar turut melawat ke pertanian bandar di Kampung Kopok Baru.
Dalam lawatan tersebut, beliau berkesempatan meninjau projek Fertigasi Cili Padi yang sedang diusahakan oleh komuniti setempat. Projek Fertigasi Cili Padi ini diselia oleh ’Pak Wan’. Projek ini bukan sahaja memberi peluang untuk meningkatkan hasil pertanian, malah mampu menjana pendapatan tambahan buat penduduk yang terlibat.
Sebagai tanda sokongan, YB Bahar turut menyerahkan sumbangan bagi membantu tambahbaik projek fertigasi ini. Beliau berharap agar usaha pertanian bandar seperti ini dapat diperluaskan lagi dan menjadi contoh kepada kawasan lain dalam memperkukuhkan ekonomi komuniti melalui sumber pertanian moden.
Turut hadir, Tn. Hj. Zuraimi & Pn. Hasnina ( ALPA YPG ) serta Pn. Hajah Rap’enah (Ahli Majlis MBPG) bersama Encik Paudzi ( JKKP MBPG )
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
