LAWATAN MANGSA RIBUT DI TAPAK PENJAJA BAZAR RAMADAN

PASIR GUDANG | 7 Mac 2025: YB Baharudin bin Mohamed Taib, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah meluangkan masa untuk meninjau sekali gus menyerahkan bantuan khemah kepada beberapa mangsa ribut di Tapak Penjaja Bazar Ramadan Taman Air Biru. 

Sebanyak 11 unit khemah penjaja telah diserahkan kepada mangsa ribut. Bantuan sumbangan ini adalah merupakan usaha YB Bahar melalui Yayasan Pasir Gudang untuk memperkasakan ekonomi serta cakna akan keadaan yang dialami oleh penjaja semasa ribut melanda. 

Yayasan Pasir Gudang berharap dengan sumbangan bantuan yang telah diserahkan dapat membantu serta diguna pakai dengan baik untuk menjana pendapatan ekonomi keluarga untuk masa akan datang.

🎥 Sumber di tiktok: @baharudin.taib
https://vt.tiktok.com/ZSMqWxbrT/

🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top