10 Disember 2021 | Jumaat |

PASIR GUDANG : Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang berkesempatan melawat tapak Projek ‘Urban Farming’ di Jalan Harmoni 8, Taman Nusa Damai petang tadi.

Projek Pertanian Bandar ini merupakan kerjasama Yayasan Pasir Gudang dan didanai oleh Iskandar Malaysia Development Authority (IRDA).

Antara tujuan Pertanian Bandar ini diwujudkan adalah untuk membantu penduduk komuniti perumahan di kawasan bandar menangani kos sara hidup yang kian meningkat dengan menerapkan pertanian moden yang dapat membantu menambahkan pendapatan tambahan serta menghasilkan tanaman mesra pengguna dan alam sekitar.

Projek ini juga dapat membina hubungan masyarakat yang lebih bersatu, harmoni, berdikari dan saling membantu dalam menjayakan Projek Pertanian Bandar disamping menyokong pembangunan bandar lestari dengan mewujudkan sistem makanan yang ditadbir urus oleh Komuniti Penduduk.

Laman Argo Harmoni ini telah berjaya menanam 700 buah fertigasi sayuran terung yang akan memberi pulangan sehingga 8 kilogram sepokok dalam tempoh 5 bulan.

Setiap tanaman yang terhasil kelak akan diagih dan dijual dengan harga yang berpatutan termasuklah penduduk setempat dan kedai-kedai di sekitar Taman Nusa Damai.

Turut hadir adalah Encik Nooraizam bin Rowaji, Ahli Majlis MBPG (Zon Nusa Damai).

SEDUTAN PROJEK URBAN FARMING 2021

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top