LUVATA BACK 2 SCHOOL

TEBRAU | 7 Februari 2025: Yayasan Pasir Gudang dan Syarikat Luvata Malaysia telah melaksanakan Program Back To School buat kali yang ketiga di Dewan Muafakat Cahaya Baru. Pihak Luvata Malaysia diwakili oleh Encik Wong Khing Huei, Pengarah QEHS, HR & Pentadbiran dan pihak Yayasan Pasir Gudang diwakili oleh Puan Hasnina binti Aspari selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah.

Seramai 50 orang pelajar yang berada di sekitar kawasan Kg Cahaya Baru, Kota Masai dan Sg Penderam telah dipilih oleh Syarikat Luvata Malaysia untuk menerima sumbangan bantuan sempena pembukaan sekolah bagi tahun 2025. Sumbangan bantuan tersebut merupakan sumbangan peralatan alat tulis dan juga buku yang bernilai sebanyak RM 150. 

Tujuan Program ini dilaksanakan adalah untuk membantu meringankan beban golongan sasar serta ibu tunggal untuk membeli keperluan persekolahan anak mereka sebelum kembali ke sesi persekolahan bagi tahun 2025 yang akan tiba tidak lama lagi.

Dikesempatan ini, Yayasan Pasir Gudang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Syarikat Luvata Malaysia kerana turut prihatin dan cakna tentang keperluan serta pendidikan anak-anak yang berada di dalam kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang ( MBPG ). 

Tidak lupa juga turut hadir memeriahkan majlis iaitu Tuan Haji Abdul Malek bin Mahmood selaku Ahli Majlis Bandaraya MBPG dan Ketua Kg Felda Cahaya Baru, Encik Mohd Sobri bin Samion.

🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. 
#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top