Majlis Pelancaran Program Super Mumtaz #40 Yayasan Pasir Gudang

| 24 September 2022 | Sabtu | Pasir Gudang :

Yayasan Pasir Gudang pada hari ini telah selesai menjayakan Majlis Pelancaran Program Super Mumtaz #40 Yayasan Pasir Gudang di Dewan SMK Dato’ Penggawa Timur.

Program ini merupakan satu program kerjasama di antara Yayasan Pasir Gudang bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang dalam menyediakan kemudahan tuisyen yang melibatkan dua kaedah pembelajaran iaitu pembelajaran secara atas talian dan juga bersemuka.

Program ini akan melibatkan 40 orang pelajar SPM terpilih dan cemerlang yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2023 mengambil jurusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dari 8 buah sekolah terpilih di kawasan Parlimen Pasir Gudang dan Parlimen Tebrau.

Disamping itu, program ini juga memberi penekanan dan tumpuan kepada 6 subjek elektif iaitu Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Bahasa Inggeris yang akan berlangsung bermula pada bulan Oktober 2022 dan akan berakhir pada bulan Februari 2023.

Besar harapan dari pihak Yayasan Pasir Gudang agar program ini dapat melahirkan lebih ramai pelajar-pelajar SPM yang tinggal di kawasan Parlimen Pasir Gudang dan Tebrau mengecapi kejayaan dengan penuh cemerlang dalam bidang STEM mahupun dalam apa jua bidang yang diceburi.

Yayasan Pasir Gudang telah membelanjakan sebanyak RM 24,500.00 bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan demi kejayaan pelajar-pelajar yang terlibat ini di masa mendatang.

Majlis pada hari ini telah disempurnakan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.

Turut hadir adalah Puan Surieyani binti Samsudin, (Timbalan Sektor Pembelajaran, PPD Pasir Gudang), Encik Noor Azleen bin Ambros (Ahli Majlis MBPG), ALPA, Ahli Majlis MBPG, Pengetua Sekolah, Guru Penyelaras, Tenaga Pengajar serta Ketua Kampung.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top