PASIR GUDANG | 23 Julai 2023 : Yayasan Pasir Gudang dengan kerjasama Kolej Komuniti Pasir Gudang menerusi Projek Ekonomi Rakyat (ERA) telah selesai menjayakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Asas ERA Teknik Gubahan Bouquet dan Hamper kepada peserta di Kolej Komuniti Pasir Gudang.
Seramai 15 orang peserta yang terpilih menerusi temuduga yang dilakukan pada minggu lalu telah hadir bagi mengikuti kursus asas teknik gubahan bouquet dan hamper yang dilaksanakan sepanjang hari bagi mempelajari teknik yang tepat dan betul dari tenaga pengajar yang mahir dari Pensyarah PSH Kolej Komuniti Pasir Gudang itu sendiri iaitu Puan Jamaliah binti Salbi.
Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus asas ERA teknik gubahan bouquet dan hamper ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.
Antara tujuan kursus asas ini dilaksanakan adalah bagi membantu masyarakat diluarsana meningkatkan sosioekonomi kendiri dan keluarga serta membantu menjadikan kemahiran yang dipelajari ini sebagai satu sumber pendapatan tambahan sampingan yang dapat membantu keluarga masing-masing.
Hal ini disebabkan setiap masyarakat pada masa kini perlu menambahkan kemahiran, merebut peluang serta mengikuti kursus-kursus kemahiran yang terdapat diluarsana bagi mengatasi masalah ekonomi yang melanda di negara kita bahkan serata dunia.
Turut hadir sepanjang majlis ini berlangsung adalah Tuan Haji Norasid bin Majid (Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang), Puan Hajah Rap’enah binti Ali (Ahli Majlis MBPG), Encik Yong Kok Leong, Encik Guru Naidu A/L Subramaniam dan Puan Hasnina binti Aspari (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang).
Yayasan Pasir Gudang juga berterima kasih kepada pihak Kolej Komuniti Pasir Gudang kerana telah berkerjasama dan menyediakan fasiliti yang terbaik sepanjang Kursus Asas ERA Teknik Gubahan Bouquet dan Hamper ini berlangsung.
Semoga hubungan baik ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan pelbagai lagi kursus asas kemahiran yang boleh membantu menaik taraf kemahiran masyarakat di Pasir Gudang.


