PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang dengan kerjasama Kelab Kebajikan Kasih Sayang Wanita Johor Bahru telah berjaya menganjurkan kursus 3D Jelly Cake Class yang berlangsung pada 30 Julai 2023 di Taman Sierra Perdana.
Mewakili YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang bagi merasmikan Majlis Penutupan kursus 3D Jelly Cake Class ini adalah Puan Shahriah binti Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.
Alhamdulillah, kursus 3D Jelly Cake Class ini telah menerima sambutan yang sangat baik dari setiap peserta apabila seramai 20 orang peserta yang terpilih telah menyertai kursus ini dan mereka semua berpeluang mempelajari ilmu seni pembikinan 3D Cake jelly ini dari tenaga pengajar yang mahir yang dijemput khas oleh Kelab Kebajikan Kasih Sayang Wanita Johor Bahru iaitu Puan Nur Shahidah binti Abdullah.
Sebagaimana yang ramai tidak ketahui mengenai 3D Jelly Cake ini, 3D Jelly Cake merupakan sebuah makanan yang dimana proses pembuatannya mengambil masa 3 jam sehingga 4 jam bagi sebuah 3D Jelly Cake mengikut saiz dan bentuk bunga yang unik. Hal ini demikian kerana setiap kelopak bunga yang dihasilkan telah menggunakan kaedah suntikan dengan alat yang khas ke dalam agar-agar.
Keunikannya adalah setiap 3D Jelly Cake yang dihasilkan boleh dimakan (bahan yang halal dan selamat) dan dijadikan sebagai sebuah kerjaya yang boleh menghasilkan pendapatan tambahan melalui jualan, pemasaran dan tempahan secara atas talian terutama sekali buat usahawan persendirian di luarsana.
Yayasan Pasir Gudang juga berharap agar peserta yang menyertai kursus ini menggunakan sebaiknya ilmu yang dipelajari dan dipraktikan kembali segala teknik dan proses membuat 3D Jelly Cake serta berkongsi ilmu kemahiran yang dimiliki agar bertambah maju, menjana pendapatan dan dapat membantu membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat suatu hari nanti.
Turut menyertai sepanjang kursus ini berlangsung adalah Encik Krishnan A/L Muniandy, Puan Vimala, dan Encik Guru Naidu A/L Subramaniam (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang).
#3DJellyCake #YayasanPasirGudang #KelabKebajikanKasihSayangWanitaJB
