PASIR GUDANG : Pada 2 Julai 2023 (Ahad) telah berlangsung dengan jayanya Kursus Asas ERA Care Urutan Bersalin, anjuran Yayasan Pasir Gudang menerusi Projek Ekonomi Rakyat (ERA) dengan kerjasama pihak Kolej Komuniti Pasir gudang di Kolej Komuniti Pasir Gudang.

Alhamdulillah, seramai 12 orang peserta yang terpilih (ketika sesi temuduga) telah hadir bagi bersama-sama mempelajari dan diberi pendedahan mengenai teknik Urutan Pre & Post Natal (sebelum dan selepas bersalin) daripada tenaga pengajar yang mahir iaitu Puan Rohani binti Mat Saleh yang mempunyai 28 tahun berpengalaman dalam bidang urutan bersalin dan 7 tahun berkerja di Hospital Sultan Ismail (HSI), bahagian urutan selepas bersalin di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM).

Majlis penutupan Kursus Asas ERA Care Urutan Bersalin telah dirasmikan oleh Puan Rafiah binti Mohamad selaku wakil rasmi YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang).

Semoga kesemua peserta yang mengikuti Kursus Asas ERA Care Urutan Bersalin ini akan mempraktikan kembali dan menggunakan segala ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya diluarsana dan Yayasan Pasir Gudang berharap agar menerusi kursus sebegini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya dalam bidang terapi yang diceburi serta membantu mereka menjana pendapatan tambahan.

Yayasan Pasir Gudang juga berterima kasih kepada pihak Kolej Komuniti Pasir Gudang kerana telah berkerjasama dan menyediakan fasiliti yang terbaik sepanjang Kursus Asas ERA Care Urutan Bersalin berlangsung kepada peserta dan semoga hubungan baik ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan pelbagai lagi kursus asas kemahiran yang boleh membantu menaik taraf kemahiran masyarakat di Pasir Gudang.

Turut bersama-sama sepanjang majlis ini berlangsung adalah Tuan Haji Norasid bin Majid, Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang dan Puan Shahriah binti Ismail (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang) dan Puan Hajah Rap’enah binti Ali (Ahli Majlis MBPG).

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top