PASIR GUDANG : Sebagaimana yang kita maklumi, Yayasan Pasir Gudang dengan kerjasama Kelab Kebajikan Kasih Sayang Wanita Johor Bahru telah menganjurkan kursus TikTok Business : TikTok Shop & TikTok Affiliate yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 14 Julai 2023 (Jumaat) dan 15 Julai 2023 (Sabtu) di Taman Sierra Perdana.
Alhamdulillah, sepanjang 2 hari ini berlangsung, kursus TikTok Business : TikTok Shop & TikTok Affiliate ini telah menerima sambutan yang baik dari setiap peserta di mana pada 14 Julai 2023, seramai 13 orang peserta telah menyertai kursus ini dan pada 15 Julai 2023 pula seramai 20 orang peserta.
Di akhir kursus, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah hadir meluangkan masa beliau bagi menyempurnakan Majlis Penutupan kursus TikTok Business : TikTok Shop & TikTok Affiliate berserta beramah mesra bersama setiap peserta.
Setiap peserta yang hadir menyertai kursus TikTok Business : TikTok Shop & TikTok Affiliate ini telah menerima ilmu, teknik dan perkongsian pengalaman dari tenaga pengajar yang mahir dan profesional iaitu Encik Arunkumar A/L Rajasekaran (Tik Tok : @aktamilzz) mengenai kaedah meningkatkan pendapatan sampingan dan perniagaan atas talian melalui aplikasi TikTok.
Hal ini disebabkan perkembangan teknologi aplikasi telah membuka peluang pekerjaan dan sumber pendapatan kewangan tambahan yang meluas kepada setiap masyarakat untuk dieksplorasi dan diambil peluang sebagai salah satu platform perniagaan secara atas talian yang pada masa kini lebih dekat dengan masyarakat majmuk.
Turut hadir sepanjang kursus ini berlangsung adalah Encik Krishnan A/L Muniandy, Puan Vimala, dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang (Encik Guru Naidu A/L Subramaniam dan Encik Yong Kok Leong).

