| 28 Ogos 2022 | Ahad | PASIR GUDANG :

Program Kursus Asas Keusahawan Ekonomi Rakyat (ERA) Yayasan Pasir Gudang yang dilaksanakan di Dewan Kuliah Masjid An-Nur Taman Cendana yang bermula dari 27 Ogos 2022 (Sabtu) akan tamat pada 28 Ogos 2022 (Ahad).

Mewakili Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang bagi merasmikan Majlis Penutupan Program Kursus Asas Keusahawan ERA Yayasan Pasir Gudang adalah Encik Noor Azleen bin Ambros.

Encik Noor Azleen bin Ambros juga berkesempatan berkongsi sedikit ilmu dan menyuntik kata-kata dorongan serta semangat buat kesemua 40 orang peserta yang telah hadir terdiri dari usahawan perniagaan yang mempunyai pelbagai latar belakang perniagaan dan produk yang berbeza agar mereka terus maju kehadapan walaupun dilanda pelbagai ujian sebagai usahawan.

Beliau turut menasihatkan kepada peserta yang menyertai kursus asas keusahawan ini agar menggunakan ilmu dan teknik yang dipelajari ( Modul Pengurusan Akaun, Pelabelan dan Pembungkusan ) dari panel usahawan yang hebat dengan sebaik mungkin dan diterapkan di dalam perniagaan agar perniagaan bertambah maju dan berjaya diluarsana.

Yayasan Pasir Gudang berterima kasih kepada Encik Mohamad Helmi Hamid dan Encik Shahari bin Mohd Zin, selaku Panel Usahawan Jemputan dan Pensyarah Usahawan Kolej Profesional MARA di atas ilmu, kaedah dan perkongsian pengalaman usahawan kepada kesemua peserta yang hadir.

Turut serta sepanjang Kursus Asas Keusahawanan ini berlangsung adalah Encik Yong Kok Leong dan Puan Shahriah binti Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top