PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang pada hari ini telah selesai melaksanakan Majlis Penyampaian Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Yayasan Pasir Gudang kepada 39 orang penerima terpilih yang telah berjaya diterima permohonan bagi fasa 1, tahun 2023.

Sepanjang majlis ini berlangsung, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah hadir meluangkan masa beliau untuk menyempurnakan majlis ini bagi menjayakan sesi penyerahan sumbangan kepada penerima terpilih.

Ada diantara penerima (pelajar) telah diwakili oleh ibu bapa untuk menerima bantuan ini disebabkan sesi pembelajaran di Universiti telah berlangsung. Sedikit info mengenai penerima dari kalangan 39 orang pelajar yang terpilih, seramai 11 orang merupakan pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti Pasir Gudang manakala yang lain pula dari peringkat Diploma, Universiti Awam atau Swasta.

Antara tujuan utama majlis ini dilaksanakan adalah untuk menyuntik semangat mereka untuk terus mengecapi kecemerlangan yang lebih tinggi pada masa mendatang dan membantu serba sedikit meringankan beban para-para ibu bapa dalam tanggungan pendidikan anak-anak.

Yayasan Pasir Gudang juga berhasrat agar lebih ramai warga Pasir Gudang melanjutkan pengajian ke peringkat menara gading dan berjaya di luarsana pada masa akan datang yang pada akhirnya akan menyumbang kepada peningkatan dan kemajuan negara suatu hari nanti.

Turut hadir adalah Tuan Haji Norasid bin Majid (Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang), Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, dan Encik Razani bin Abdul Rauf.

Info lanjut, boleh layari ke :
https://yayasanpasirgudang.org.my

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top