TEBRAU | 25 Jun 2023 : Sebentar tadi, Yayasan Pasir Gudang telah meneruskan Majlis Penyampaian Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Yayasan Pasir Gudang bagi fasa 1 tahun 2023 dan kali ini seramai 27 orang penerima terpilih (pelajar) yang telah berjaya diterima permohonan dijemput hadir ke Dewan Serbaguna Taman Cahaya Masai.

Majlis Penyampaian Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Yayasan Pasir Gudang pada hari ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman (Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, KEJORA) bagi menyempurnakan majlis dan seterusnya menjayakan sesi penyerahan sumbangan kepada penerima yang hadir.

Ketika sepanjang majlis ini berlangsung, ada diantara penerima (pelajar) telah diwakili oleh ibu bapa untuk menerima bantuan ini disebabkan sesi pembelajaran di Universiti ataupun di Kolej Komuniti telahpun berlangsung bagi semester pertama.

Yayasan Pasir Gudang sentiasa berhasrat dan mendoakan agar lebih ramai warga penduduk dan anak-anak muda di Pasir Gudang melanjutkan pengajian ke peringkat menara gading dan berjaya di luarsana pada masa akan datang kerana mereka ini lah yang pada akhirnya akan menjadi penyumbang utama kepada pembangunan dan kemajuan negara suatu hari nanti.

Semoga bantuan sebegini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat mereka untuk terus mengecapi kecemerlangan yang lebih tinggi pada masa mendatang dan membantu serba sedikit meringankan beban para-para ibu bapa dalam tanggungan pendidikan anak-anak terutama untuk membeli barangan kelengkapan asrama.

Turut hadir adalah Puan Hajah Rap’enah binti Ali (Ahli Majlis MBPG, Zon Cahaya Baru Tg. Langsat), Encik Fauzi bin Faizal (Ahli Majlis MBPG, Zon Sungai Tiram), Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang dan ketua-ketua kampung.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top