PASIR GUDANG | 17 September 2023 : Hari ini, di Dewan Serbaguna Taman Cendana telah selesai dilaksanakan Majlis Penyerahan Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Yayasan Pasir Gudang bagi fasa 3, tahun 2023.

Majlis penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang kepada 107 orang pelajar yang telah berjaya dipilih menerusi permohonan Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Yayasan Pasir Gudang sepanjang tempoh fasa 3 dilaksanakan.

107 orang pelajar tersebut merupakan gabungan diantara pelajar yang memohon menetap di kawasan Parlimen Pasir Gudang iaitu seramai 69 orang pelajar dan 38 orang pelajar dari kawasan Parlimen Tebrau.

Kesemua pelajar yang berjaya dipilih telah dikumpulkan bersama di Dewan Serbaguna Taman Cendana bagi menerima bantuan tersebut bersama keluarga mereka.

Ada diantara penerima (pelajar) telah diwakili oleh ibu bapa untuk menerima bantuan ini disebabkan sesi pembelajaran di Universiti telah berlangsung.

YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib sangat menitik beratkan tentang masa depan anak-anak muda di Pasir Gudang dan berharap agar lebih ramai warga Pasir Gudang melanjutkan pengajian ke peringkat menara gading dan berjaya di luarsana pada masa akan datang.

Hal ini demikian kerana mereka inilah salah satu penyumbang kepada peningkatan dan kemajuan negara dari pelbagai sektor ekonomi suatu hari nanti menerusi idea dan ilmu yang mereka miliki dan pelajari di menara gading dan di guna pakai di dalam alam pekerjaan.

Turut hadir sepanjang majlis ini berlangsung adalah dari pihak Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Ahli Majlis MBPG dan ketua-ketua kampung.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top