PASIR GUDANG : Pada 29 Julai 2022 (Jumaat), telah diadakan Majlis Penyerahan Bantuan Kemasukan IPTA/S Yayasan Pasir Gudang 2022.
Majlis dengan penerima seramai 42 orang pelajar terpilih dari kawasan Parlimen Pasir Gudang dan Parlimen Tebrau telah dilangsungkan di BZ Restoran Pengantin, Taman Rinting.
Majlis juga telah disempurnakan dengan kehadiran Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang berserta YB Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas untuk menyampaikan bantuan kepada penerima yang hadir.
Turut memeriahkan Majlis tersebut adalah Encik Noor Azleen bin Ambros, Ahli Majlis MBPG bersama Encik Inderaputra bin Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.