05 Julai 2024: Yayasan Pasir Gudang telah melaksanakan Majlis Penyerahan Bantuan Kemasukan Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta bagi Fasa 1 & 2, Tahun 2024. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara iaitu Yang Berhormat Senator Dato Hj’ Abdul Halim bin Hj Suleiman. 

Seramai 61 penerima ( pelajar ) dari sekitar Pasir Gudang dan Tebrau telah berjaya menerima bantuan bagi fasa 1 & 2, tahun 2024. Ada antara ibu bapa yang telah mewakili penerima ( pelajar ) untuk menerima wang insentif tersebut disebabkan oleh sesi pembelajaran di Universiti yang telah berlangsung. 

Maklumat tambahan, seramai 37 mahasiswa melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, manakala 24 mahasiswa yang lain pula melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di IPTA dan IPTS. 
Tujuan majlis ini dilaksanakan adalah untuk menyuntik semangat mereka untuk terus mencapai kecemerlangan dan kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang. 

Yayasan Pasir Gudang mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang berhasil melanjutkan pengajian dan terus berusaha menjadi individu yang mencintai ilmu. Keberhasilan ini akan membantu negara untuk terus maju dan berwibawa.

 

📌 Untuk maklumat Tuan / Puan Permohonan Fasa 3 & 4 bagi tahun 2024 telah dibuka, untuk membuat permohonan sila layari laman sesawang berikut : https://yayasanpasirgudang.org.my/bantuan-pendaftaran-ipta-s/

 

🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. 

#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top