PASIR GUDANG : Sempena menghargai pelajar-pelajar terpilih yang tinggal di kawasan Parlimen Pasir Gudang dan Parlimen Tebrau yang telah berjaya melanjutkan pengajian samada peringkat diploma atau institusi pengajian tinggi di pelbagai bidang yang berbeza,
Yayasan Pasir Gudang akan menganjurkan Majlis Penyerahan Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Yayasan Pasir Gudang yang akan berlangsung pada :
Tarikh : 12 September 2022 (Isnin)
Waktu : 12:00 tengahari
Lokasi : BZ Restoran Pengantin, No.1 Jalan Tembusu 1, Taman Rinting
Penyerahan sumbangan akan disempurnakan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang bersama YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas.