[ 16 Oktober 2021 | Sabtu ]

Hari ini di Taman Cendana, Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang menyempurnakan Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi bagi Fasa 2 dan 3, Tahun 2021.

Seramai 156 orang pelajar dari kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang layak menerima bantuan pendaftaran ini. Seramai 77 orang pelajar dari kawasan Parlimen Pasir Gudang telah menerima bantuan ‘one-off’ RM300 setiap seorang atas kejayaan mereka meneruskan pengajian samada peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.

Sesi serahan seterusnya diselesaikan oleh Encik Noor Azleen Ambros, Ahli Majlis MBPG.

Semua para siswa yang terpilih berpuas hati dan bersyukur diberi peluang dalam bantuan ini.

Moga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kos perbelanjaan pelajar di tempat pengajian nanti.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top