[ 18 April 2021, Ahad ] Tiga sesi Majlis Penyerahan Insentif Agenda Johor Berkebajikan e-Kasih 2021 dilaksanakan hari ini.
Penyerahan bantuan program ini telah disampaikan oleh Datuk Haji Maulizan Bin Bujang, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.
Penyerahan sesi yang pertama di Dewan Terbuka Kompleks Penghulu Sungai Tiram. Seramai 52 orang penerima telah menerima bantuan ini.
Penyerahan sesi kedua di Dewan Taman Cahaya Masai dengan jumlah seramai 110 orang penerima.
Dan sesi penyerahan terakhir berlangsung di Dewan Taman Pasir Putih dengan seramai 81 orang penerima.
Turut hadir adalah Encik Mohd Afiff Bin Mohd Azhar, Penghulu Mukim Sungai Tiram & Puan Juliah binti Ahmad, Ahli Majlis MBPG.