[ 3 April 2021, Isnin ] Majlis Penyerahan Insentif Agenda Johor Berkebajikan e-Kasih 2021 Fasa 2 hari ini berjaya diselesaikan. Pemberian sumbangan pada hari ini adalah kesinambungan bulan kedua dari pemberian bulan pertama pada April 2021 yang lalu.
Majlis penyerahan ini disempurnakan di Dewan Muafakat Taman Air Biru dan sesi penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Dato’ Haji Mohd Amin Bin Ahmad, Ahli Majlis MBPG. Turut hadir adalah Encik Nazri Bin Tangis & Puan Shahriah Binti Ismail, ALPA YPG.