Majlis Penyerahan Insentif Agenda Johor Berkebajikan (e-Kasih) 2021
Majlis Penyerahan Insentif Agenda Johor Berkebajikan (e-Kasih) 2021 diteruskan pada minggu ini iaitu 16 April 2021 sehingga 18 April 2021 di dewan yang telah ditetapkan.
Insentif ini merupakan peruntukan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Johor di bawah Belanjawan Johor 2021. Penerima merupakan dipilih dari sistem e-Kasih yang diselaraskan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru.
Yayasan Pasir Gudang diberi amanah untuk menyelaraskan bantuan ini dan setiap penerima e-Kasih akan menerima bantuan “One-Off” RM 600 bagi tempoh 2 bulan dan akan menerimanya sebelum Hari Raya Aidilfitri.